Download Kitab Bidayatul Hidayah Makna

 


Matan Ummul Barahin karangan Al-Imam Syeikh Muhammad As-Sunusi merupakan rujukan utama pengajian Aqidah di rantau nusantara ini sejak lama dahulu. Kebanyakan kitab-kitab aqidah yang disusun di dalam tulisan jawi adalah mensyarahkan matan Ummul Barahin.
Antara kitab yang paling awal disusun dalam menterjemah dan mensyarahkan Matan Ummul Barahin dan masih digunakan hingga sekarang ialah kitab Bidayatul Hidayah karangan Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin Al-Ãsyi. Kitab ini dikarang pada tahun 1170 H/1757 M.
Dipercayai bahawa Syeikh Muhammad Zain Aceh dilahirkan pada zaman peralihan kejayaan sufi Syeikh Hamzah al-Fansuri (wafat 1016 H/1607 M) dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatra-i (wafat pada Jumaat, 12 Rejab 1039 H/25 Februari 1630 M) kepada zaman perdebatan khilafiyah, iaitu zaman Syeikh Nuruddin ar-Raniri (wafat 22 Zulhijjah 1069 H/21 September 1658 M).
Sehingga kini kitab ini masih lagi diulang-ulang bacaannya oleh masyarakat Islam dan dijadikan teks pengajian dalam halaqah-halaqah ilmu samada di masjid, pondok atau pusat pengajian.

Tidak ada komentar:
Write komentar