Kitab Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah atau judul sebenarnya Jam'u al-Nihayah Fi Bad'i al-Khair wa al-Ghayah (والغاية الخير بدء في النهاية جمع) merupakan mukhtashar (ringkasan) bagi Kitab al-Jami’ al-Shahih al-Bukhari. Ia telah diringkaskan oleh al-Imam al-Muhaddith Abu Muhammad Abdullah Sa'ad bin Abi Jamrah al-Azdi al–Andalusi (699H), yang terkenal dengan gelaran Ibnu Abi Jamrah. Beliau merupakan seorang muhaddith, sufi dan faqih.
Kitab mukhtasar yang lebih dikenali sebagai Mukhtasar Ibn Abi Jamrah ini memuatkan 294 hadis sahih yang disaring daripada 7397 buah hadis dalam al-Jami' al-Shahih al-Bukhari. Kitab ini, kemudiannya telah beliau syarahkan dan diberi judul "Bahjah al-Nufus wa Ghayatuha[1] bi Ma'rifati Ma Laha wa 'Alaiha."
al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar Al-‘Asqalani (852H), turut mengutip beberapa penjelasan yang terdapat dalam kitab Syarah "Bahjah al-Nufus" di dalam kitabnya Fathul Bari.
Selain kitab Bahjah al-Nufus karya Ibn Abi Jamrah tersebut terdapat beberapa kitab lain yang disusun oleh ulama terkemudian bagi menghuraikan kandungan kitab Mukhtashar Ibn Abi Jamrah, antaranya; "Hasyiyah al-Syeikh Muhammad al-Sanwani ‘ala Mukhtashar Ibn Abi Jamrah", karya al-Syeikh Muhammad bin Ali al-Syafi’i al-Syanwani bekas Syeikh al-Azhar, Mesir.
Download Klik DISINI
Tidak ada komentar:
Write komentar